| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Puncak Borneo

04 November 2021 (Khamis) - "Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti" itulah tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1443H / 2021M. Penjara Puncak Borneo telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Puncak Borneo yang bermula pada 2 November 2021 (Selasa) hingga 04 November 2021 (Khamis). Program yang dianjurkan ini melibatkan penghuni lelaki, wanita dan juga Sekolah Henry Gurney. Antara acara yang telah diadakan seperti Pertandingan Mencipta Sepanduk, Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Khutbah dan Pertandingan Syarahan.

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah kepada peserta Program Minggu Kesenian Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Puncak Borneo Kuching telah disempurnakan oleh PP Mohd Hidayat bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching. Turut hadir bersama ialah TPP Mohd Hafiz bin Matsahri. Didalam ucapan, beliau mengharapkan agar setiap penghuni mengambil iktibar setiap Sunnah Baginda Rasullullah S.A.W yang mulia disamping terus istiqamah dalam melakukan kebaikan demi ummah dan mengangkat martabat agama Islam sebagai agama suci buat seluruh alam.