| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perasmian Kejohanan Petanque Piala Pengarah Penjara Negeri Sarawak Tahun 2021

Pada 05 November 2021 telah berlangsung Majlis Perasmian Kejohanan Petanque Piala Pengarah Penjara Negeri Sarawak Tahun 2021 yang dikelolakan oleh Penjara Puncak Borneo Kuching. Kejohanan ini akan berlangsung selama (03) hari bermula 05 hingga 07 November 2021. Pada tahun ini, sebanyak (5) institusi bertanding iaitu Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Penjara Puncak Borneo,  Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu dan Penjara Pusat Miri dengan jumlah keseluruhan penyertaan ialah 50 orang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan Penjara Sarawak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Willie anak Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Merangkap Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo. Turut mengiring ialah PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan Ketua Institusi Penjara Sarawak.