| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang

Pada 3 November 2021 (Rabu) jam 9.30 pagi - Sambutan Maulidur Rasul PRP Sepang dihadiri PP Abd Aziz bin Che Mamat wakil daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Tuan Hj Mohd Mazlan bin Mohd Zamri penceramah daripada Yayasan Muslimin disambut oleh PP Mahadi bin Mustafa selaku Ketua PRP. Program dimulakan dengan perarakan sambil berselawat dari Pintu Utama ke Surau PRP disertai 15 kakitangan PRP dan 100 ODS. Program diteruskan dengan ceramah bertajuk 'Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W' oleh Tuan Hj Mohd Mazlan bin Mohd Zamri. PRP Sepang menerima sumbangan kitab Al-Quran sebanyak 99 buah daripada Yayasan Muslimin. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah, cenderahati dan jamuan makan lebih kurang jam 12.00 tengahari. Objektif program ini adalah untuk terus melahirkan rasa cinta pada Rasulullah dan sentiasa menjadikan beliau sebagai idola dalam kehidupan seharian.