| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Nabi Peringkat Penghuni Penjara Taiping 2021

Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Nabi Peringkat Penghuni Penjara Taiping 2021 telah diadakan pada hari Rabu, 17 November 2021 di SDJ Al-Hidayah Penjara Taiping. Pertandingan ini diadakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H dan terbuka kepada semua penghuni beragama Islam di penjara ini. Pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan lagi kecintaan terhadap para Nabi dan Rasul dan memberi kesedaran akan pentingnya mengamalkan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian. Hadiah kepada para penghuni yang berjaya telah disampaikan oleh TPP Anuar bin Taib (Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Taiping).