| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Menabung Bersama Tabung Haji Peringkat Penghuni Penjara Taiping 2021

Program Menabung Bersama Tabung Haji Peringkat Penghuni Penjara Taiping 2021 telah diadakan pada hari Selasa, 30 November 2021 di SDJ Al-Hidayah Penjara Taiping. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh PP Muhammad Asri bin Ali, Timbalan Pengarah Penjara Taiping dan diikuti ucapan oleh Tuan Haji Mohammad Azman bin Alias, Pengurus TH Cawangan Taiping. Program diteruskan dengan urusan pembukaan akaun TH untuk semua penghuni yang terlibat melalui 3 Mobile Counter TH termasuk 1 kaunter di kenderaan TH Komuniti (THK). Seramai 40 orang penghuni terlibat dalam program menabung ini (Pembukaan Akaun TH) dan salah seorang penghuni telah layak membuat pendaftaran haji (Daftar Haji). Program ini merupakan program yang julung kali diadakan bersama TH Cawangan Taiping dan Pejabat TH Negeri Perak sebagai langkah pertama memulakan simpanan kepada penghuni bagi melaksanakan Rukun Islam yang ke-5. Cenderahati kepada semua pegawai TH telah disampaikan oleh PKK M.Basakaran a/l S.Muthiah, Pengarah Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.