| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kuiz Maulidur Rasul 1443h/2021 Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Kuiz Maulidur Rasul 1443h/2021 Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis dan Jumaat, 11 dan 12 November 2021 di Dewan PPI dan SDJ Al-Hidayah Penjara Taiping. Pertandingan kuiz ini diadakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H dan diadakan secara bertulis bagi menguji tahap pengetahuan para penghuni berkaitan Fardhu ‘Ain khususnya Sirah Nabi Muhammad SAW. Kuiz ini terbuka kepada semua penghuni beragama Islam di penjara ini. Hadiah kepada penghuni yang mendapat markah tertinggi telah disampaikan oleh TPP Anuar bin Taib (Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Taiping).