| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah 1 Bulan 1 Da'ie Mac 2020/1441

Pada 11 Mac 2020 (Rabu) bersamaan 16 Rejab 1441 bertempat di Surau As-Sakinah telah berlangsung program bulanan 1 Bulan 1 Da'ie edisi Mac 2020 / 1441. Ceramah agama pada kali ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan YBhg. Ustaz Muhamad Tarmizi bin Shamsul Arif, Penceramah Bebas. Turut hadir PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Pengerusi Surau As-Sakinah, PP Mohamad Jusoh bin Ismail. Turut hadir bersama Puan Azalina binti Abdul Rahman, Pengerusi PERSIAP, Puan Tuan Mizan binti Tuan Man, Naib Pengerusi PERSIAP, barisan pegawai kanan, kakitangan dan anggota seisi keluarga. Majlis yang bermula selepas solat maghrib berjemaah ini diakhiri dengan solat isyak berjemaah dan jamuan makan.