| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat pegawai dari Her Majesty’s Prison dan Probation Service (HMPPS) United Kingdom ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Jabatan Penjara Malaysia melalui Komisioner Jeneral Penjara, YBhg. Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad bersama YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), YBhg. Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman yang menjalankan tugas Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) serta TKP Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan (BHEAP) telah menerima kunjungan hormat dua (2) orang pakar daripada HMPPS U.K iaitu Mr. Douglas Graham, Governor of HMP Isle of Wight dan Mr. David Redhouse, Governor of HMP Huntercombe . Pegawai-pegawai ini merupakan pakar dalam bidang kepenjaraan dan 'probation' di U.K dan kedatangan mereka adalah dengan kerjasama antara dua negara iaitu Kerajaan British (British High Commission Kuala Lumpur) bersama Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).