| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kempen Derma Darah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 11 Januari 2022 (Selasa) bertempat di Bilik Teratai, Kompleks Sukan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah berlangsung Kempen Derma Darah kerjasama dengan Unit Tabung Darah, Hospital Melaka bagi membantu menambahkan stok darah di Hospital Melaka bagi keperluan pesakit-pesakit yang memerlukan. Program ini mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan semasa aktiviti pendermaan darah berlangsung bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Program ini telah mencapai objektif dengan penyertaan 50 kakitangan yang berjaya menderma darah dan disantuni oleh PP Yusni bin Habibullah, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Setitis darah yang didermakan dapat membantu menyelamatkan nyawa.