| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perujian Hafazan Al Quran (Kakitangan) Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2020M/1441H Peringkat Negeri Johor

Pada 12 Mac 2020 jam 8.00 pagi, Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Perujian Hafazan Al Quran (Kakitangan) Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2020M/1441H Peringkat Negeri Johor. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Pengarah Penjara Negeri Johor, KP Hj Abd Wahab bin Hj Kassim serta diiringi oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor, PKP Rothman bin Bujang yang bertempat di Dewan Dato'Ibrahim, Taman Gemilang, Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor. Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada 6 orang hafiz dan 2 orang hafizah yang mewakili institusi penjara-penjara Negeri Johor. Panel hakim yang di jemput khas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) secara keseluruhan amat berpuas hati dengan peningkatan mutu hafazan para peserta. Berikut adalah keputusan bagi setiap ketegori.

Kategori 1 (Lelaki)
Tempat Pertama : Ameer Shauqie Bin Ahmad Fuad (Pusat Koreksional Johor Bahru)
Tempat Kedua : Muhammad Asri bin Abd Rahman (Pusat Pemulihan Akhlak Muar)
Tempat Ketiga : Ameer Hamzah bin Harun Arrshed (Penjara Simpang Renggam)

Kategori 1 (Wanita)
Tempat Pertama : Jamilah binti Sarnuji (Penjara Kluang)
Tempat Kedua : Ruziana binti Sulaiman (Penjara Simpang Renggam)

Kategori 2 ( Lelaki)
Tempat Pertama : Muhammad Asri bin Abd Rahman (Pusat Pemulihan Akhlak Muar)
Tempat Kedua : Mohammad Mussolin bin Samsudin (Penjara Kluang)
Tempat Ketiga : Ahmad Kamal Fitri bin Abdullah (Pusat Koreksional Johor Bahru)

Majlis turut diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie dari pelajar SK Pt Setongkat, Muar dan bacaan ayat suci Al-Quran dari Pn Hjh Rahmas binti Abdullah, Johan 6 kali Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.