| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khatam Al-Quran Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan

Pada 19.05.2020, bertempat di Surau An-Nuur Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah diadakan Program Khatam Al-Quran siri-3 melibatkan 43 Orang Diselia anjuran Unit Pemulihan. Program khatam Al-Quran bertujuan untuk membina dan mengukuhkan aspek penghayatan islam dikalangan Orang Diselia serta menanam minat secara berterusan dalam tilawah Al-Quran dan sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai nadi pilihan utama. Program Khatam Al-Quran diserikan lagi dengan kehadiran Penguasa Wan Rosli bin Dollah, Pegawai Yang Menjaga Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan.