| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukan Penghuni 2008

Kelab SAHABAT Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan karnival sukan penghuni bagi tahun 2008 bertempat di Penjara Pokok Sena pada 27 Mac hingga 29 Mac 2008. Sebanyak 6 acara sukan telah dipertandingkan dan 8 institusi telah menghantar peserta yang terdiri dari penghuni untuk turut sama dalam pertandingan. Secara keseluruhan kontigen Penjara Pokok Sena telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan 25 mata.

Majlis penutupan karnival sukan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kelab SAHABAT Penjara Malaysia, yang turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Zulkifli Bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi).
 
 
Pertandingan sukan sepak takraw antara penghuni   Pertandingan catur sedang berlangsung
 
Pengarah Penjara Pokok Sena diperkenalkan kepada pemain. Y. Bhg. Tan Sri Azman Hashim menyampaikan hadiah kepada pemenang