| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Delegasi Lembaga Pengarah Penjara Arab Saudi Ke Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak.

Pada 17 April 2008 jam 02.30 petang PPA Batu Gajah, Perak telah menerima kunjungan lawatan daripada Delegasi Lembaga Pengarah Penjara Arab Saudi. Seramai 4 orang pegawai tertinggi Penjara Arab Saudi telah selamat tiba di ketuai oleh Dr. Ali Hussain Al-Harbhy ( Ketua Pengarah Penjara Arab Saudi ), Abdullah Bin Muhammad Al-Nahidh, Ghirman Bin Saleh Al-Amri dan Abdullah Bin Sulaiman Al-Azzar dengan diiringi oleh PP Hafidz Bin Osman. Rombongan ini telah disambut oleh PP Abd.Halim Bin Ma-Hasan ( Pengarah PPA Batu Gajah, Perak ) serta semua pegawai kanan dan kakitangan PPA Batu Gajah.

Ketibaan Delegasi Disambut Dengan Kawalan Suku

 

Rombongan Pelawat Sedang Diberi Penerangan Mengenai Program Pemulihan Yang Dijalankan Di Blok Penempatan

 
Seterusnya delegasi ini telah diberikan taklimat mengenai operasi pengurusan penghuni institusi ini oleh PPP Rosli Bin Tahir sebelum dibawa melawat ke dalam Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah. Sesi lawatan bermula di bahagian Unit Rundingcara bagi melihat sesi kaunseling yang dijalankan dan selepas itu delegasi ini telah dibawa ke blok penempatan bagi melihat aktiviti pemulihan yang dijalankan kepada penghuni. Mereka seterusnya melawat ke Klinik Dalam dan bengkel-bengkel kemahiran PPA Batu Gajah. Antara bengkel yang dilawati ialah Bengkel Rotan, Bengkel Kayu, Bengkel Kraftangan, Bengkel Dobi, Bengkel Jahit dan Bengkel Batik. Delegasi ini melahirkan rasa kagum dengan program kemahiran yang dijalankan disini

Rombongan Pelawat Melihat Kerja Yang Dilakukan Oleh Orang Tahanan Di Bengkel Pertukangan Kayu

 

Lawatan ini diakhiri dengan jamuan minum petang serta penyampaian cenderahati oleh kedua-dua belah pihak. Sebelum lawatan ini berakhir, pihak delegasi ini telah menyatakan bahawa mereka amat tertarik dan memuji usaha-usaha pemulihan dan program kemahiran yang telah dilaksanakan di PPA Batu Gajah.

Dr. Ali Hussain Al-Harbhy Menandatangani Buku Lawatan Rasmi Institusi

Upacara Penyampaian Cenderahati Daripada PP Abdul Halim Bin Ma-Hasan Kepada Dr. Ali Hussain Al-Harbhy