| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Menandatangi MoA untuk Program Diploma Siswazah Sains Koreksional

Bertempat di Dewan Sri Angsana 1, EDC- UUM pada 4 Januari 2008. Program ini akan mengambil masa selama 9 bulan yang akan memulakan sesi pengajian pada 11 Februari 2008 di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Turut hadir ialah Y. Bhg Tan Sri Dr. Nordin Kardi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia

Dengan Jabatan Penjara Malaysia telah mencapai satu lagi peningkatan dalam pembangunan sumber manusia dengan termeterainya Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Utara Malaysia bagi melaksanakan Program Diploma Siswazah Sains Koreksional. Dengan adanya program seumpama ini akan dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran bagi menghadapi cabaran yang lebih hebat khususnya yang berkaitan dengan proses pemulihan pesalah.

Kerjasama dua hala antara Jabatan Penjara Malaysia dan Universiti Utara Malaysia yang terjalin ini akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan taraf pencapaian akademik pegawai Jabatan Penjara Malaysia dan pada masa yang sama mewujudkan ruang dan peluang yang sama rata kepada semua warga Jabatan Penjara Malaysia untuk menimba ilmu pengetahuan bagi meningkatkan daya saing terhadap keperluan pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan (delivery system) yang terbaik.

Pemilihan Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, sebagai tempat program ini dilaksanakan juga selaras dan bertepatan dengan matlamat Jabatan Penjara menjadikan Akademi Koreksional Malaysia sebagai pusat pengajian koreksional bagi rantau Asia Pasifik mengikuti kursus profesional dan peringkat diploma. Hari ini, Jabatan Penjara memainkan peranan yang lebih besar. Ia bukan setakat menahan pesalah dan penjenayah, malah ia menjadi institusi pendidikan dan pemulihan. Jabatan Penjara kini mempunyai hala tuju yang luas untuk menjadikannya sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020.

Perkongsian kepakaran antara Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia yang terjalin ini merupakan usaha murni bukan setakat memenuhi keperluan akademik semata-mata tetapi usaha ke arah pembangunan modal insan yang ulung dan akan merintis jalan baru ke arah menyediakan bakal tenaga kerja yang memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan lagi tahap perkembangan kemajuan ilmu.


Y. Bhg. Datuk Mustafa Bin Osman, Ketua Pengarah Penjara dan Y. Bhg Tan Sri Dr. Nordin Kardi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia bertukar dokumen sempena Majlis Menandatangi MoA untuk Program Diploma Siswazah Sains Koreksional
""