| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyerahan rasmi Depot Tahanan PATI Ajil kepada Jabatan Imigresen

Majlis upacara penyerahan rasmi Depot Tahanan PATI Ajil kepada Jabatan Imigresen Malaysia telah berlangsung pada 7 Mac 2008 jam 9.00 pagi di perkarangan depot.

Majlis telah berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni dan mengikut jadual seperti yang telah dirancangkan. Upacara menandatangani Buku Nota Serah Tugas telah dilakukan oleh PP Nik Robidin Bin Ab. Rahman, Jabatan Penjara Malaysia sebagai Komandan dengan TPPI Mohd Bin Muda, Ketua Depot Imigresen yang akan melaksanakan tugas sebagai Komandan baru dibawah pentadbiran Jabatan Imigressen Malaysia.

Upacara penyerahan ini disaksikan oleh PKP Noor Aziz Bin Mohammad Nor, Pengarah Penjara Marang yang mewakili Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen pula disaksikan oleh Pengarah Imigresesn Negeri Terengganu Tn. Hj. Mohd. Azmin Bin Hassan. Turut hadir sama dalam Majlis tersebut Wakil Kerajaan Terengganu, YB Dato' Rosol Bin Wahid.


Penyerahan dokumen antara Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia

 

Upacara menurunkan bendera Jabatan Penjara Malaysia

 

Antara tetamu yangturut hadir dalam majlis tersebut

 

""