| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Agung Perwakilan Persiap Ke-19

Persatuan Isteri-Isteri, Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-19 pada 19 April 2008 (Sabtu) di Hotel Residence, UNITEN.Perasmian mesyuarat ini telah di sempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Masjlis ini turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengarah institusi berhampiran.

Sempena Mesyuarat Agung ini juga telah diadakan jamuan makan malam iaitu Ladies Night PERSIAP pada 18 April 2008 di lokasi yang sama. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Y. Bhg. Puan Seri Siti Julianah bt. Johan, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri dan ahli PUSPANITA KDN serta ahli PERSIAP yang telah bersara. Para tetamu telah dihiburkan oleh persembahan dari ahli PERSIAP dengan diiringi Kombo Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
 
Majlis perasmian PERSIAP di sempurnakan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia
 
Persembahan majlis jamuan makan malam iaitu Ladies Night PERSIAP
""