| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program "Kembara Bermotosikal"

Pada 02 hingga 04 Julai 2009, satu program kembara bermotosikal dari Penjara Marang, Terengganu ke Lata Tembakah, Besut, Terengganu telah diadakan. Pada 02 hingga 04 Julai 2009, satu program kembara bermotosikal dari Penjara Marang, Terengganu ke Lata Tembakah, Besut, Terengganu telah diadakan. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang keselamatan jalanraya dikalangan peserta disamping mendekatkan hubungan diantara Jabatan Penjara dengan masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah lawatan ke Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) Bachok, Kelantan.Pelbagai acara telah diatur oleh bagi menyambut ketibaan kumpulan kembara ini. Antaranya persembahan nasyid dan drama pendek oleh penghuni pusat tersebut serta sesi taklimat. Selain itu pihak kembara juga dihidangkan dengan juadah tengahari

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program di Lata Tembakah. Antaranya gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Lata Tembakah.Y.B Tn. Nawi Bin Mohamad ADUN Hulu Besut juga turut serta dalam program ini. Y.B Tn. Nawi turut menaja chalet bagi kembara kali ini. Pihak kembara amat berbesar hati dengan penajaan tersebut.

Dalam perjalanan balik, pihak kembara sempat melawat PUSPEN Besut, Terengganu. Pihak kembara turut menikmati jamuan tengahari yang disediakan oleh pihak PUSPEN Besut.

""