| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Mesin Jahit Dan Buah Kurma Sumbangan Briged Negaraku Kepada Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

28 April 2020 (Selasa) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima sumbangan Mesin Jahit daripada Pertubuhan Briged Negaraku untuk membantu menjahit pakaian Personal Protective Equipment (PPE) bagi kegunaan Petugas Barisan Hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Simbolik penyerahan telah disampaikan oleh En. Khairul Nizam bin Mohd Sopery, Presiden Briged Negaraku kepada PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah IPDJ. Sumbangan mesin jahit ini akan membantu kepada Program Pemulihan melalui kemahiran kepada penghuni yang bekerja di Bengkel Jahit. Pihak Briged Negaraku juga turut menyumbangkan buah kurma untuk penghuni sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441H.