Sebanyak 500 bungkusan kuih raya telah diterima untuk diagihkan kepada anggota-anggota Jabatan Penjara Malaysia di Institusi Penjara Pengkalan Chepa. Sumbangan bungkusan kuih raya ini adalah julung kali di terima oleh anggota penjara sebagai galakan dan dorongan semangat untuk anggota bertugas pada musim perayaan Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi.