| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan DiRaja KDYTM Tengku Puan Pahang Ke Penjara Penor

Pada 18 Januari 2010 Penjara Penor telah menerima kunjungan DiRaja oleh KDYTM Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al Haj untuk melihat perkembangan Produk Tenun Diraja Pahang yang dihasilkan oleh Penjara Penor.

KDYTM Tengku Puan Pahang tiba di perkarangan Kompleks Penjara Penor pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh Pengarah Penjara Penor, PKP Jamil Razif bin Kassim bersama pegawai-pegawai kanan dan seterusnya mengiringi KDYTM Tengku Puan Pahang ke Bengkel Tenun Penjara Penor. Setibanya di sana, Tengku Puan Pahang meninjau perkembangan pembuatan kain tenun dan melihat produk kain tenun yang telah berjaya dihasilkan oleh penghuni. Semasa kunjungan itu, Tengku Puan Pahang juga telah menyumbangkan makanan segera (McDonald) kepada penghuni-penghuni di bengkel tenun yang telah bertungkus-lumus menghasilkan produk tenunan yang berkualiti.

""