| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

General Police Equipment Exhibition & Conference (GPEC) Asia 2011

30 Jun 2011, Putrajaya. Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berlangsungnya General Police Equipment Exhibition & Conference (GPEC) Asia 2011 yang telah berlangsung dari 27 hingga 29 Jun 2011. Jabatan Penjara Malaysia telah dijemput untuk turut serta dengan mengadakan pameran informasi berkaitan peralatan keselamatan terkini yang digunakan dan mesej keinsafan kepada delegasi luar negara, dif-dif kenamaan dan orang ramai.

Jabatan Penjara Malaysia telah diwakili oleh Penjara Kajang dan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato? Seri Hishammuddin Tun Hussein dimana lebih dari 29 negara telah turut serta termasuk dari Malaysia, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Thailand, Sepanyol, China, Australia, German, United Kingdom, USA, Arab Saudi dan lain-lain negara.

Sambutan yang diterima daripada adalah di luar jangkaan yang mana tapak pameran Jabatan Penjara Malaysia telah diserbu oleh para pengunjung sejak pagi hingga ke petang. Antara kenamaan yang telah hadir termasuklah Menteri Dalam Negeri Dato? Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Australia, Brendan O'Connor, Secretary of State of the Ministry of Interior Cambodia, Teng Savong, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Pengarah-Pengarah Jabatan Penjara Malaysia dan kenamaan-kenamaan yang lain.

Semoga konvensyen sebegini mampu mempertingkatkan dan memperkukuhkan kredibiliti dan imej Jabatan Penjara Malaysia setanding dengan agensi lain dari dalam dan luar negara.]

 

""