| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-206 Kompleks Penjara Puncak Borneo

Bersempena pada Hari Penjara Ke 206, Ibu Pejabat Penjara Sarawak bersama Penjara Puncak Borneo telah mengadakan majlis Sambutan Hari Penjara peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo di Dataran Ibu Pejabat Penjara Sarawak. Majlis Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan pada 31 Oktober 2013 di Surau As-Syafie  yang dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan juga Pengarah Penjara Puncak Borneo. Pada 1 November 2013 pula Perhimpunan Hari Penjara telah diadakan di Dataran Ibu Pejabat Penjara Sarawak dan telah disempurnakan oleh TKPj Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis turut menyaksikan pemakaian pangkat PP Nazri bin Mohamad, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta penyampaian pingat dan juga sijil kepada seramai 113 orang kakitangan penjara yang bertugas di Ibu Pejabat Penjara Sarawak, Penjara Puncak Borneo, Ibu Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak, Pejabat Parol Daerah, Kuching dan juga PULAPEN. Pada sebelah petang pula acara sukaneka dan juga Poco-Poco mengisi ruangan atur cara sambutan pada hari tersebut.