| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Penjara Malaysia Dato’ Seri (Dr) V.S Suwaminathan Ke Penjara Sungai Buloh, Selangor

Pada 16 Mac 2011 yang lalu, Penjara Sungai Buloh telah dikunjungi oleh Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Penjara Malaysia Dato’ Seri (DR) V.S Suwaminathan. Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Pengarah, PKP Mohamad Rosidek Bin Musa.  Semasa lawatan tersebut beliau mengambil kesempatan berjumpa beberapa okt untuk bertanyakan khabar serta mendengar masalah dan aduan daripada mereka.

 

Dato' Seri juga telah dibawa melawat ke beberapa tempat di dalam penjara seperti Pejabat Rekod, Blok Abadi 1 (Blok yang menempatkan banduan pertama kali masuk), Tempat Jumpa (Mini Market), Blok Insaf(Banduan Akhir) dan Bengkel Dapur. Beliau amat berpuas hati terhadap layanan dan kawalan yang dilaksanakan terhadap banduan dan berharap dapat membuat lawatan ke Penjara Sungai Buloh pada masa yang akan datang.



""