| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Kejadian Luarbiasa & Kecemasan Program Pemulihan Pemasyarakatan  Banduan

Pada 07 – 09 Mac 2011, bertempat di Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka telah diadakan Kursus Pengurusan Kejadian Luarbiasa dan Kecemasan Program Pemulihan Pemasyarakatan Banduan yang telah di hadiri seramai 25 orang Pegawai Penjara dari Gred KX 17 – KX 22 seluruh Institusi Penjara Malaysia.

 

Kursus ini di adakan bertujuan menyediakan kakitangan yang terlatih berkenaan Kejadian Luarbiasa dan Kecemasan bagi Program Pemulihan Pemasyarakatan Banduan yang akan di laksanakan pada penghujung bulan Mac 2011 di Kem – Kem Tentera yang terpilih. Antara kandungan yang telah dilaksanakan ialah Plan Kontigensi Kelarian, Plan Kontigensi Kebakaran, Plan Kontigensi Tebusan, Plan Kontigensi Mogok Lapar, Plan Kontigensi Rusuhan dan Pemulihan Ke arah Pencegahan Jenayah.

 

Majlis penyampaian sijil dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Parol Ibu Pejabat Penjara Malaysia, PKK Kausalya Devi a/p Sathoo.



""