| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Pengarah Penjara Negeri Sabah Kepada PKK Suria bin Hj. Idris oleh Menteri Dalam Negeri YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein 

Kota Kinabalu Sabah, pada 29 Mei 2011 Ahad , bertempat di Magellan Sutera Harbour Menteri Dalam Negeri YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein dalam lawatan kerjanya ke Sabah telah menyempurnakan majlis penyerahan surat perlantikan Pengarah Penjara Negeri Sabah Kepada PKK Suria bin Hj. Idris.

 

Majlis tersebut telah telah dikelolakan dengan kerjasama ke semua 9 agensi dan jabatan di bawah KDN di negeri sabah. Didalam ucapannya YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, beliau telah memuji konsep 1 KDN yang telah di perlihatkan dalam mengelola majlis tersebut. Pada majlis yang sama beliau turut menyempurnakan penyampaian surat perlantikan kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah Encik Ismail Bin Ahmad. Beliau berharap dengan perlantikan pengarah baru ini akan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran kedua-dua agensi di negeri ini. Tambahan pula, kedua-dua pegawai merupakan anak jati Sabah yang diyakini mempunyai pengetahuan yang luas berhubung siuasi di negeri ini dan terbukti amat komited dalam menjalankan tugas dan tanggunjawab yang telah diamanahkan.

 

""