| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri  Penjara Alor Setar

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Penjara Alor Setar telah diadakan pada 21 Ogos 2013 bertempat di perkarangan Rumah Rehat Penjara Alor Setar, Kedah.


Dalam majlis tersebut, sebanyak 9 buah gerai yang mewakili setiap Platun telah menyediakan pelbagai makanan untuk para tetamu. Tetamu turut dihiburkan oleh persembahan Platun dan nyanyian oleh Band 3 D's.


Selain itu, PKP Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Alor Setar telah sudi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kakitangan yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Acara kemuncak ialah acara cabutan bertuah dan penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan.


Turut hadir ialah YBhg.Dato' Yusuf bin Bakar, mantan Pengarah Penjara Alor Setar, wakil-wakil Ketua Institusi penjara dan parol zon utara, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Kedah dan pesara-pesara.

 

""