| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penglibatan Pesalah Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Daerah Kuantan Dalam Program Kesukarelawan Pasca  Bencana Banjir

Program Kesukarelawan Pasca Bencana Banjir bagi membantu kerja-kerja kebersihan kawasan yang terlibat dengan bencana banjir telah diadakan di Taman Murni, Perkampungan Sungai Isap Satu, Kuantan pada 17 Disember 2013. Seramai 11 pesalah Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Daearah Kuantan turut terlibat secara langsung di dalam program ini. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Majlis Belia Negeri Pahang.  Pesalah PKW bersama-sama lebih kurang 400 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat menyumbang tenaga secara langsung  membersihkan kawasan yang tercemar ekoran bencana banjir tempohari. Kehadiran pesalah PKW adalah bagi  membantu kerja-kerja sosial serta memberi kesedaran dan menimbulkan keinsafan dalam membantu dan meringankan bebanan yang dialami oleh penduduk taman tersebut.

 

""