| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Komuniti Psikologi Klinikal : "Stop Stressing, Start Living" Di Penjara Taiping

Pada 20 November 2013 bertempat di Kelab Sukan Penjara Taiping telah berlangsung Program Komuniti Psikologi Klinikal yang di anjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak untuk kakitangan yang bertajuk "Stop Stressing, Start living". Antara Institusi yang terlibat adalah Penjara Tapah, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting dan Penjara Seberang Perai.  Kira-kira seramai 100 anggota pelbagai pangkat telah menghadiri program tersebut. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota mengenai kaedah-kaedah bagi mengatasi tekanan semasa bertugas.


Majlis turut dihadiri oleh PP Murali a/l Rajoo, Timbalan Pengarah Penjara Taiping yang telah sudi merasmikan majlis penutupan program yang berakhir sekitar jam 5.00 petang.

 

""