| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Keluarga Penjara Sungai Petani, Kedah

Ahad, 20 Januari 2013, Penjara Sungai Petani, Kedah telah mengadakan Sambutan  Hari Keluarga Penjara Sungai Petani bagi tahun 2012. Program Hari Keluarga Penjara Sungai Petani  yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jamaludin bin Awang Kechik diiringi oleh TPP Shaidan bin Shaari dan TPP Mohd Nizar bin Abdullah. Aturcara dimulakan dengan senamrobik dan diteruskan dengan acara sukaneka seperti bawa bola ping-pong dalam sudu, cari gula-gula dalam tepung, tendang bola masuk gol, kutip gula-gula paling banyak, isi air dalam botol dan pecah belon bagi kanak-kanak, kerusi muzik, lambung kasih, mambo rock, tarik tali bagi dewasa dan perlawanan bola 5 sebelah peringkat akhir. Piala pusingan dimenangi oleh kumpulan 4, TPP Mohd Ghause bin Ibrahim.

 

""