| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Kem Pemantapan Aqidah Kakitangan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan

Pada tarikh 01 & 02 Februari, 2013 ( Jumaat - Sabtu ), Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Kem Pemantapan Aqidah untuk kakitangan. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam di Surau Al-Jamiah, Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Pengisian program bermula dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, diikuti ceramah bertajuk 'Kerja Sebagai Satu Ibadah' yang disampaikan oleh Ustaz Mahyudin Bin Abd. Aziz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai, Negeri Sembilan. Selesai ceramah, solat fardhu Isyak berjemaah. Pada jam 4.00 pagi 02.02.2013, pengisian program diteruskan dengan Qiamullail dan solat fardhu Subuh berjemaah, dan seterusnya tazkirah pagi disampaikan oleh Ustaz Najib Bin Nubhan.


Sambutan ke atas program yang dianjurkan amat baik dengan penglibatan semua anggota Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan beserta keluarga, seramai ( 6 ) ODP dan ( 3 ) Residen RP turut serta, ( 10 ) kakitangan PPP Kem Syed Sirajuddin Gemas, ( 2 ) anggota PPIP Penjara IPD Jelebu dan PPIP Penjara Seremban serta ( 10 ) kakitangan Penjara Seremban. Penganjuran program ini telah berjaya mengwujudkan kesedaran kepada kakitangan yang hadir. Pihak Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan berhasrat untuk meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang memandangkan komitmen dan sambutan yang diterima amat baik.

 

""