| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah diadakan pada 22 Julai 2013 bertempat di Dewan Alamanda, PPA Machang.
Turut hadir di majlis tersebut adalah YB Dato' Haji Ahmad Jazlan Bin Haji Yaakub, Ahli Parlimen Machang, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Machang, Ahli-Ahli Lembaga Hakim Pelawat, para pesara, kakitangan dari Penjara Pengkalan Chepa, Parol Negeri Kelantan dan Pusat Pemasyarakatan Banduan, Kem Desa Pahlawan serta kakitangan dan keluarga Pusat Pemulihan Akhlak Machang.


Seramai 30 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Asrama Bakti Machang telah diraikan dalam majlis tersebut. Penyampaian sumbangan disempurnakan  oleh YB Dato' Haji Ahmad Jazlan Bin Haji Yaakub, Ahli Parlimen Machang  dan PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang.

 

""