| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Persembahan Dikir Barat Muhibbah Antara Kumpulan Tirai Besi Ppa Machang  Dan Kumpulan Sri Dusun Bukit Abal, Pasir Puteh

19 Mac 2013 Kumpulan Dikir Barat Tirai Besi, Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah mengadakan persembahan dikir barat muhibbah bersama dengan Kumpulan Dikir Barat Sri Dusun dari Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Objektif persembahan dikir barat muhibbah ini diadakan adalah bagi menonjolkan kesenian kebudayaan negeri Kelantan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim.


Persembahan dikir barat tersebut diserikan dengan kehadiran PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah PPA Machang dan isteri. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah penaung kumpulan dikir barat Sri Dusun YBhg. Datin Rafiah Binti Mat Zain bersama Profesor Hiromichi Mito dari Universiti Meiji Gakuin Tokyo Jepun, Puan Ros Dalilah Pegawai Kebudayaan Universiti Malaysia Kelantan dan En. Rusli Guru Besar Sek. Kebangsaan Berangan, Pasir Puteh, Kelantan.
Seramai 150 orang kakitangan dan keluarga Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah hadir menyaksikan persembahan yang menghiburkan tersebut.

 

""