| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Y.B Dato' Seri Rais Yatim Bersama Warga Penjara dan PUSPEN  Jelebu serta Lawatan Kerja Komisioner Jeneral Penjara Ke Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu Sempena Program Gelombang Kesukarelawan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) Penanaman Sejuta Pokok Di Seluruh Negara

Pada 5 Mac 2013, Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu telah menerima lawatan daripada Y.B Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jelebu serta lawatan kerja daripada Y.Bhg Komisioner Jeneral Penjara, Dato Sri' Hj. Zulkifli b Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana perkembangan projek penternakan ikan keli berskala besar, pembuatan palet ikan dan pembuatan baja kompos di Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu dan program penanaman sejuta pokok oleh ahli Skuad Muda (KDN). Pada tengaharinya program diteruskan dengan ketibaan Y.B Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim bagi menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia,   sumbangan notebook kepada pelajar IPTA dan sumbangan kepada kakitangan yang menghidap sakit kronik. Y.B Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim telah memaklumkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam mengembangkan seni budaya di Jabatan Penjara Malaysia. Di antara tetamu yang hadir ialah Y.B Dato' Yunus Rahmat Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan, merangkap ADUN Kuala Klawang dan YB Dato' Siow Chen Pin, Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan.

 

""