| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif  Peringkat Zon Timur

Konvensyen KIK Peringkat Zon Timur telah berlansung selama 3 hari iaitu dari 14 - 16 Mei 2013 bertempat di Hotel New Pacific, Kota Bharu, Kelantan. Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah diberi kepercayaan sebagai pengelola bagi konvensyen ini. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Komisioner Penjara Y. Bhg. Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan , Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Terdapat tiga (3) kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pengurusan, Teknikal dan Inovasi. Sebanyak 7 kumpulan dari institusi  zon timur iaitu Pusat Koreksional Dungun, Terengganu, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan, Penjara Marang, Terengganu, Penjara Bentong, Pahang, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan, Penjara Penor, Pahang dan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini.


Tempat Pertama Kumpulan MERPATI dari Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan dengan Tajuk "Kelewatan Menyiapkan Kerja Mencantas Dahan Pokok". Pemenang tempat kedua pula adalah Kumpulan STEEL dari Pusat Koreksional Dungun dengan Tajuk "Kaedah Peralatan Pencegahan dan Kawalan Rusuhan Kurang Efektif' dan pemenang tempat ketiga adalah dari Kumpulan PRIMA BESTARI Penjara Marang dengan tajuk "Kelewatan Menyiapkan Tempahan Songket".


Panel Juri adalah terdiri daripada Encik Nik Rosdi bin Nik Soh (MPC), Al-Fadhil Ustaz Husaini bin Ab. Razab (UITM) dan Tuan Haji Razali bin Jaafar (HRPZ II Kota Bharu).

 

""