| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar  ke Projek Tenusu Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah

27 April 2013 (Sabtu) - YBhg. Dato' Dr. Ibrahim bin Che Embong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah membuat lawatan ke Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah. Menyambut ketibaan rombongan lawatan iaitu KPj. Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, PP Jorennedy Sylvester, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau dan kakitangan. Turut serta dalam rombongan lawatan tersebut iaitu PP Hj. Wan Ramzan Bin Wan Ahmad dari Seksyen Vokasional dan Industri dan pegawai - pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


Rombongan lawatan dibawa melawat ke pusat ternakan lembu tenusu untuk melihat kemajuan Projek Tenusu. Taklimat dan perbincangan diadakan bagi menambahbaik dan meningkatkan lagi kualiti dan hasil projek tenusu Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah.

 

""