| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Penjara  Ke 206 Peringkat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor

Sambutan Hari Penjara ke 206 peringkat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor telah diadakan pada 7 November 2013. Acara dimulakan dengan perhimpunan sempena Hari Penjara dimana Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor PP Muhammad Nazri Bin Nasruddin membacakan perutusan  Komisioner Jeneral Penjara sempena Hari Penjara yang ke 206 dan seterusnya diadakan sesi pemakaian pangkat dan penyampaian pingat. Satu ceramah berkenaan "Integriti Di Kalangan Kakitangan Awam" diadakan pada sebelah tengahari dan disampaikan oleh Penguasa Kanan Tuan Shamsul Bin Hj Salip dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada sebelah petang diadakan pertandingan Futsal peringkat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor dan di sebelah malam pula diadakan program bersama komuniti dan majlis bacaan Yasin di Surau Al-Islahiah Sungai Kantan yang melibat semua kakitangan dan Orang DiParol (ODP) dan pesalah Perintah Kehadiran Wajib (PKW).

 

""