| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Peserta Sahabat Kafe @ Teen LPPKN Melaka

Penjara Sungai Udang telah menerima lawatan daripada peserta Sahabat Kafe @ Teen Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka pada 13 November 2013. Lawatan ini terdiri daripada 30 orang pelajar dari Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Kolej Cosmopoint dan Multimedia University (MMU). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada remaja tentang fungsi, aktiviti dan corak kehidupan sebenar penghuni penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan di samping memberi kesedaran kepada remaja tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial. Selain itu, lawatan ini juga diharap dapat menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri remaja untuk berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.  Antara pengisian lawatan ini ialah sesi taklimat ringkas yang telah diberikan oleh KIP Hasniah Bt Hj Walad, lawatan ke Blok Fitrah (Wanita) dan pameran di Pejabat PPI. Lawatan ini berakhir jam 12.30 tengahari dengan sesi bergambar, menandatangani Buku Lawatan dan jamuan ringkas.

 

""