| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Laporan Program Menjana Pendapatan Azam Kerja 1Malaysia  Johor 2013

Pada 13 Oktober 2013 bertempat di Dewan Kahang, Kluang Johor telah berlangsung Program Menjana Pendapatan Azam Kerja 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor 2013. Program anjuran JobsMalaysia Iskandar Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja  ini diadakan bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, saudara baru dan termasuk Orang Di Parol (ODP). Bantuan akan diberikan dalam bentuk peralatan dan bahan mentah untuk memulakan perniagaan.


Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Parol Negeri  Johor, KIP Shahrudin Bin Salim dan Pengurus JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia, Encik Mohd Syahrul Syahid Bin Mohd Salleh. Pihak Parol Negeri Johor telah menghantar seramai 10 peserta terdiri daripada 5 ODP dari Parol Daerah Kluang , 3 ODP dari Parol Daerah Johor Bahru dan 2 ODP dari Parol Daerah Kota Tinggi. Adalah diharapkan dengan program sebegini para ODP akan dapat memulakan kehidupan baru dengan lebih Berjaya.

 

""