| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Kali Ke 15 Dan Pertandingan Marhaban Kali  Ke 7 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2013

Penjara Alor Setar, Kedah telah dipilih sebagai institusi pengelola bagi Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Kali 15 dan Pertandingan Marhaban Kali ke 7 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2013. Majlis  yang telah berlangsung  pada 28 hingga 30 September 2013 telah diadakan di Dataran Penghuni, Penjara Alor Setar, Kedah.  25 buah institusi penjara telah mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 32 orang peserta  Perujian Tilawah Al-Quran dan 12 buah kumpulan Marhaban.


Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan pada malam 30 September 2013 oleh YB Encik Aminudin bin Omar, Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kedah.


Keputusan Tilawah Al-Quran: Johan Qari dimenangi oleh peserta dari PPA Machang, Naib Johan peserta dari Penjara Marang dan Tempat Ketiga peserta dari Penjara Pokok Sena. Manakala, Johan Qariah dimenangi oleh peserta dari Penjara Wanita Kajang, Naib Johan ialah peserta dari SHG Telok Mas, Melaka dan Tempat Ketiga ialah peserta dari Penjara Pokok Sena.  Bagi Pertandingan Marhaban pula, Johan dimenangi oleh Kumpulan Marhaban dari PPA Batu Gajah, Naib Johan ialah Kumpulan Marhaban dari Penjara Pokok Sena dan Tempat Ketiga ialah Kumpulan Marhaban dari Penjara Marang.


Turut hadir, KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, Dato' Arfanuddin bin Hj Hussain, Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Kedah,  Pengarah-pengarah Institusi Penjara dan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Zon Utara.

 

""