| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Peringkat Penjara Negeri Sabah

Pada 13.9.2013 bertempat di perkarangan Suang Hamin (ruang legar) Ibu Pejabat Penjara Sabah, telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Peringkat Penjara Negeri Sabah .  Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama isteri, YBhg Datin Sri Hajah Noraini Binti Man. Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan  untuk meraikan kakitangan penjara negeri Sabah yang telah dinaikkan pangkat. Seramai 16 orang pegawai kanan daripada seluruh institusi penjara Sabah telah dinaikkan pangkat iaitu pengesahan jawatan Inspektor Penjara KX 27 (1 orang) , Ketua Inspektor Penjara KX32 (11 orang), Penolong Penguasa Penjara KX38 (1 orang) dan Penguasa Penjara KX 44 (3 orang).

 

""