| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kedutaan Besar Republik Indonesia Ke Penjara Taiping

Pada 26 September 2013, Seramai 9 orang pegawai dari kedutaan Besar Republik Indonesia telah membuat lawatan rasmi ke Institusi Penjara Taiping. Lawatan ini adalah sempena sambutan kemerdekaan Indonesia dan Hari Raya Aidil Fitri . Delegasi ini telah disambut oleh PKK Shukri Bin Saad Pengarah Penjara Taiping, TPP Ahmad Fikri Bin Safiar dan  pegawai Kanan   Penjara Taiping.


Para peserta rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh PKK Shukri Bin Saad .Tujuan lawatan ini adalah melakukan kegiatan ramah mesra dengan 17 orang banduan warga Indonesia yang sedang menjalani hukuman di Penjara taiping. Antara aktiviti ramah mesra yang diadakan adalah seperti majlis dialog serta pemberian bantuan wang sagu hati sebanyak RM70.00 kepada setiap banduan.

 

""