| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Aidilfitri  Dan Semarak Merdeka  Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor

04.09.2013, Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Semarak Merdeka di Dewan Taman Gemilang, kuaters kakitangan PPA Muar. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PKP Ahmad Zaini B. Abu Hasan, Pengarah PPA Muar kakitangan yang bertukar, Ahli-ahli Lembaga Hakim Pelawat dan ahli-ahli Persatuan Bekas Pegawai Penjara(EXPOAM) Daerah Muar. Di antara aktiviti  yang dijalankan termasuklah persembahan daripada kakitangan,  penyampaian sumbangan kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan penyampaian duit raya kepada anak-anak  kakitangan serta  cabutan nombor bertuah. Pada sebelah paginya telah diadakan program gotong-royong menyediakan juadah makanan melibatkan semua kakitangan di kawasan blok kediaman kakitangan.

 

""