| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyampaian Anugerah  Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Zon Utara 1 Di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 27 Mac 2014 (Khamis) jam 9.00 pagi telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 peringkat Zon Utara 1 bertempat di Dewan Seri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Seramai 173  pegawai dan anggota dari Penjara Pokok Sena (37 penerima), Akademi Koreksional Malaysia (5 penerima), Penjara Seberang Perai (36 penerima), Penjara Alor Setar (30 penerima), Penjara Reman Pulau Pinang (25 penerima), Penjara Sungai Petani (17 penerima), Pusat Koreksional Perlis  (14 penerima), Parol Negeri Kedah (7 penerima) dan  Parol Negeri Pulau Pinang (2 penerima) telah menerima anugerah berkenaan. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Daud Bin Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan, Pengarah Bahagian Sumber Manusia En.Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Penjara Seberang Perai PKK Kamarudzaman bin Hj Mamat, Pengarah-Pengarah  Institusi Penjara, Pengarah-Pengarah Parol Negeri Zon Utara 1dan Ketua-ketua Jabatan dibawah Kementerian Dalam Negeri Pulau Pinang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah pada kali ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada semua warga kerja Jabatan untuk berkhidmat dengan penuh disiplin, berintegriti, gigih serta melipatgandakan usaha menerusi kreativiti dan inovasi kearah menghasilkan lebih banyak pencapaian dan kejayaan di masa akan datang.

 

""