| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Rasmi Komisioner Jeneral Penjara Y.Bhg. Dato' Sri  Haji Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah

24 Ogos 2014, Y.Bhg. Komisioner Jeneral Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah. Turut bersama lawatan tersebut ialah Y.Bhg Komisioner Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik  Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran dan TKPj. Ahmad Faudzi bin Haji Awang, Timbalan Pengarah Keselamatan dan Inteligen. Rombongan YBhg. Dato' Sri KJP disambut oleh TKPj. AB. Basir bin Mohammad, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan PKK Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Sesi taklimat kemajuan pelaksanaan Sistem Parol dan Perkhidmatan Komuniti di Negeri Sabah telah disampaikan oleh PP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah. YBhg.Dato' Sri KJP juga turut bersama di dalam Majlis Dialog Kakitangan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah. Puan Nasimah bte Mohd. Salleh, Pengerusi PERSIAP Penjara Sabah turut menyambut ketibaan YBhg. Datin  Sri Hjh. Noraini bte Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP  Malaysia dan YBhg. Datin Hjh. Shakimah bte Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP Malaysia yang hadir sama mengiringi lawatan ini.

 

""