15 Ogos 2014, Bertempat di Dataran Letak Kereta, Pusat Koreksional Kamunting telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat institusi yang telah di sempurnakan oleh PKP Mohd Roslen bin Ramli Pengarah Pusat Koreksional Kamunting. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat, jamuan makan, penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir serta pemberian wang saguhati persaraan sebagai meraikan kakitangan yang telah bersara.