| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya  Aidilfitri Pusat Koreksional Dungun

17 Ogos 2014, Pusat Koreksional Dungun,Terengganu telah mengadakan Program Jalinan Kasih Penghuni sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri melibatkan 18 orang penghuni dan 103 orang keluarga penghuni. PKP  Mat Bin Yaacob, Pengarah Pusat Koreksional Dungun turut hadir bersama-sama bagi meraikan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah serta bacaan doa oleh Ustaz Musa bin Mohd. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir serta sesi beramah mesra bersama keluarga penghuni. Program sebegini diharapkan akan dapat menjalinkan rasa kasih sayang dan mengeratkan silaturahim antara kakitangan, keluarga dan penghuni.

 

""