| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program 'Di Sini Masih Ada Cinta' Lembaga Tabung Haji  bersama Penghuni SHG Melaka

3 Disember 2014 = Lembaga Tabung Haji Negeri Melaka telah menganjurkan program khidmat masyarakat bertemakan ?Di Sini Masih Ada Cinta? dengan kerjasama SHG Telok Mas Melaka. Program ini diadakan demi melahirkan masyarakat serta generasi masa hadapan yang prihatin, penyayang dan mempunyai jati diri yang utuh serta mampu menyumbang kepada kemajuan Negara.


Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj Latiff bin Datuk Hj Tamby Chik, Exco Komunikasi Perpaduan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi merangkap ADUN Telok Mas. Majlis diserikan dengan kehadiran TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan,Tuan Hj Mohamad Saimi bin Mat Som Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan LTH, Puan Hajjah Musalimah bte Mustaffa Pengarah Tabung Haji Melaka. Program ini turut melibatkan penyertaan Kelab TaHa@U (UniKL & UiTM) dan Pelatih Skim Lepasan TH(SL1M).


Antara pengisian program aktiviti gotong-royong di Rumah Warga Emas Bukit Larang Indah dan Surau Al-Baraqah, Ceramah Motivasi dari CR Hj Hushim bi Hj Salleh, Ceramah Falsafah Ibadah Haji oleh Ustaz Khairil manakala sebelah petang diteruskan dengan aktiviti Explore Race dan perlawanan bolasepak diantara penghuni SHG Melaka dan Peserta Kelab TaHa. Di akhir majlis perasmian pihak LTH telah menyampaikan sumbangan berbentuk dua mesin rumput kepada pentadbiran SHG Melaka.

 

""