| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Ucapan Penghargaan Kepada Delegasi Malaysia Dalam Program Pertukaran Lawatan Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Malaysia Dan Brunei Ke 15

Assalamua'laikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
 
Yang Berbahagia Tan Sri Dr./Tan Sri/ Dato? Sri/ Datuk/ Dato?/ Tuan/ Puan,
 
Sebagaimana Yang Berbahagia Tan Sri Dr./Tan Sri/ Dato? Sri/ Datuk/ Dato?/ Tuan/ Puan sedia maklum, Program Pertukaran Lawatan Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Brunei Ke-15 telah berlangsung dengan jayanya mulai 24 Januari hingga 26 Januari 2014.
 
2.      Dikesempatan ini saya bagi pihak urusetia induk Program Pertukaran Lawatan Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Brunei Ke-15, ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan ingin melahirkan setinggi-tinggi rasa penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr./ Tan Sri/ Dato? Sri/ Datuk/ Dato? / Tuan/ Puan di atas segala sokongan dan kerjasama yang telah Yang Berbahagia Tan Sri Dr./ Tan Sri/ Dato? Sri/ Datuk/ Dato? / Tuan/ Puan berikan di dalam menjayakan program yang berlangsung selama tiga hari ini. Sesungguhnya, program seumpama ini mampu menyediakan ruang dan platform yang baik kepada semua pihak untuk berkongsi pengalaman dan seterusnya menjalinkan keakraban bukan sahaja diantara Kerajaan Malaysia dan Brunei, bahkan semua Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam di Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
 
3.      Harapan saya semoga kerjasama serta sokongan yang telah diberikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr./ Tan Sri/ Dato? Sri/ Datuk/Dato? / Tuan/ Puan akan dapat diteruskan untuk menjayakan program-program Jabatan Perdana Menteri di masa akan datang.
 
Sekian, terima kasih.
 
YBHG. OTHMAN HAJI MAHMOOD

28 Januari 2014

""