| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Ekspedisi  Mendaki  Gunung  Kinabalu  Anjuran Penjara Sungai Buloh

Program Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah telah diadakan pada 25 hingga 27 November 2013  anjuran Kelab Sukan Penjara Sungai Buloh. Objektif ekspedisi ini adalah untuk menggalakkan penglibatan kakitangan dalam aktiviti-aktiviti sukan disamping mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan membina semangat berpasukan. Seramai 20 peserta dari kakitangan penjara Sungai Buloh termasuk Pengarah Penjara Sungai Buloh bersama isteri telah menyertai ekspedisi ini.  Para peserta telah memulakan pendakian pada 26 November 2013, bermalam di Laban Rata dan kemudiannya bergerak mendaki ke puncak gunung.  Ekspedisi pada kali ini amat mencabar ketahanan mental  dan fizikal kerana para peserta terpaksa mendaki dalam keadaan hujan, cuaca sejuk dan laluan licin. Walaubagaimana pun dengan semangat dan usaha yang gigih yang ditunjukkan oleh semua peserta, mereka semua telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

 

""