| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YBhg. KJP  Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Omar Ke Penjara Pusat Sibu

Pada 15 Julai 2014 (Selasa) YBhg. KJP  Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar telah meluangkan masa untuk mengadakan lawatan kerja ke Penjara Pusat Sibu setelah mengadakan lawatan tapak bertempat di batu 14 Oya Jalan Sibu-Bintulu untuk pembinaan Penjara Sibu yang baharu. YBhg. Dato' Sri telah dibawa melawat ke blok penempatan Banduan Akhir (Blok Akhir) dan blok penempatan banduanita (Blok Murni) dengan diiringi oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu PKP Hj Mohd Farid Bin Hj Kassim, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan. Beliau telah meluangkan masa untuk menemu bual banduan Akhir dan banduanita. Respon yang diterima adalah sangat baik di mana para banduan berasa sangat terharu dan bangga dengan kehadiran YBhg. KJP  Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar ke blok penempatan mereka. Turut hadir bersama adalah TimbalanPengarah Pembangunan dan Perolehan PKP Rosman Bin Norman serta PP Kamarudin Bin Jantan.

 

""